10 Bangunan Villa dan Hotel di Puncak, 2022 Bakal Dibongkar

Cisarua, Upaya meminimalisir penyebab banjir di Garis Sempadan Sungai (GSS) di kawasan Puncak, Kecamatan Cisarua, Kabupaten Bogor telah dilakukan Kementerian Agraria dan Tata Ruang Badan Pertanahan Nasional (ATR/BPN) dan Kementerian PUPR bekerjasama dengan Satpol PP Kabupaten Bogor, dengan membongkar tiga buah villa yang berdiri di sempadan sungai Ciliwung, Kamis pekan lalu.

Selanjutnya pembongkaran hotel dan villa akan kembali dilanjutkan pada tahun 2022 mendatang. Tiga bangunan yang melanggar yaitu Cibulan River Cottage, Pondok Lembah Tirta, dan Hotel Khatulistiwa.

Direktur Penertiban pemanfaatan Tata Ruang Kementrian ATR/BPN, Andi Renaldi mengatakan, penertiban bangunan yang berdiri di sempadan sungai di kawasan Puncak dilakukan karena dapat menyebabkan banjir. “Makanya pelanggaran banyak tapi kita prioritaskan dulu di daerah sempadan sungai,” ujar Andi Renald.

Langkah selanjutnya, lanjut dia, Kementerian ATR/- BPN akan melakukan pembuatan lubang biopori, penanaman pohon dan pemasangan plang peringatan di hotel yang dibongkar.

Sementara itu, Kepala UPT Penataan Bangunan Wilayah II Ciawi, Agung Tarmedi menuturkan, bangunan liar (bangli) di kawasan Puncak masih sangat banyak. Hal itu kata dia, diketahui saat pihaknya melakukan pendataan mulai dari titik nol Ciliwung yaitu Talaga Saat, Desa Tugu Utara, Kecamatan Cisarua.

Namun setelah dilakukan verifikasi, hanya ada 13 bangunan saja yang melanggar karena berdiri di sempadan aliran Sungai Ciliwung. “Sesuai tupoksi, kami kemudian melaporkannya ke dinas untuk disampaikan ke Kementerian ATR/BPN.

Dari hasil pendataan, sebagian sudah punya legalitas induk yaitu izin mendirikan bangunan (IMB), meskipun memang bangunannya berdiri di sempadan sungai, sehingga hanya 13 yang dinyatakan layak dibongkar,” ungkapnya.

Ia menyebutkan ada 10 bangunan yang menjadi target pembongkaran berikutnya yaitu Vila Riverside Cisarua, Villa Ouvus, Villa Hanur, Faal Resort, Ever Green Village, New PCI atau Pondok Ciburial Indah di Kecamatan Cisarua.

Kemudian di Kecamatan Megamendung, Villa ZAR, Happy Valey, Hotel Pramesti dan Villa Sagitarius. “Secara keseluruhan ada 13 bangunan berbentuk hotel, resort dan villa di wilayah Cisarua dan Megamendung yang diajukan kepada Kementerian ATR/BPN dan Satpol PP Kabupaten Bogor untuk dibongkar, namun baru tiga yang dieksekusi.

Rencananya penertiban lanjutan terhadap 10 bangunan tersebut akan dilakukan tahun depan, mungkin Januari 2022,” pungkasnya. (asz/dang)

Salah Punyai Kemewahan & Kekayaan? Dunia Tempat Persinggahan Sementara Manusia.

Perkongsian daripada posting FB Dzuriasikim Dzulkefli. Ketika beliau mengemas rumah seorang yang telah meninggal dunia, pelbagai barangan yang telah ditinggalkan oleh si mati seperti pakaian mahal dan usia yang melebihi 10 tahun, kasut yang tidak pernah digunakan, perabot yang sangat banyak sehingga sempit untuk berjalan, dan banyak lagi barangan yang tidak digunakan dan tersimpan rapi di dalam rumah.

Adakah kemewahan kita miliki itu salah?

Peringatan kepada kita sebagai manusia, dunia ini adalah tempat persinggahan sementara buat kita. Janganlah kita lalai dengan kemewahan dunia sehingga lupa akan tanggungjawab kita sebagai manusia di muka bumi ini. Dengan kemewahan yang kita punyai di dunia membuatkan kita menjadi seorang pembazir dan kedekut untuk infakkan harta kita kepada yang memerlukan.

Adakah kekayaan yang kita miliki itu salah?

Sebenarnya kemewahan atau kekayaan itu tidak salah tetapi bagaimana cara kita menggunakan kemewahan itu dengan betul. Jika kita menggunakan kemewahan itu ke jalan yang diredhai Allah SWT, tidak mustahil rezeki di sebalik pemberian atau infak yang kita salurkan kepada yang memerlukan itu ada buat kita.

Jadi hindarilah dengan perkara yang boleh mendatangkan pembaziran dan perkara yang tidak memberi kita manfaat di akhirat kelak.

Isu Doktor Lelaki Bahagian Sakit Puan (O&G)? Kerajaan Sudah Berusaha Sehabis Baik

Kerajaan sudah melakukan apa yang termampu buat masa ini bagi memenuhi keperluan kesihatan negara. – Tan Sri Dr Noor Hisham bin Abdullah. Baru-baru ini tular dalam satu perkongsian di TikTok dari seorang ustazah yang membahaskan isu doktor lelaki dalam Bahagian Sakit Puan (O&G) semasa menyambut kelahiran ibu yang melahirkan anak.

Menurut perkongsian tersebut, ustazah tersebut menekankan tentang aurat isteri kenapa biarkan doktor lelaki juga yang menyambut kelahiran anak daripada isteri sedangkan terdapat ramai lagi doktor-doktor wanita yang boleh berbuat demikian. Sambungan dari itu, pemilik akaun TikTok tersebut mengatakan bahawa suami yang berbuat demikian adalah dayus dan perlu bertanggungjawab di hadapan Allah.

“Kamu bertanggungjawab di hadapan Allah Taala. Kamu dayus. Suami yang dayus. …..” Perkongsian tersebut memberikan seribu satu maklum balas dari masyarakat tentang isu ini. Pelbagai maklum balas yang diterima dari sudut komen yang positif dan negatifnya. Apabila melihat dan membaca isu ini, pastinya ramai pihak yang tampil ke depan membahasakan isu ini termasukkan mereka yang lebih pakar dan lebih tahu tentang isu dalaman bidang ini.

Isu doktor lelaki dalam bahagian sakit puan (O&G) ini bukanlah sesuatu yang baru sebenarnya. Bukan juga isu yang hanya negara Malaysia sahaja yang ada isu ini, malah negara-negara lain turut mengalami isu yang sama. Berbalik kepada bidang sakit puan (O&G) ini, pastinya ada kesan baik dan buruknya kepada masyarakat apabila hanya doktor perempuan sahaja di bahagian sakit puan (O&G).

Tan Sri Dr Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia pernah mengulas dan membincangkan isu ini di laman sosial Facebooknya bertarikh 8 March 2015. “Saya akan cuba utk menerangkan kepada sahabat2 tentang dilema dan juga masalah yang dihadapi oleh kerajaan dalam memenuhi hasrat rakyat yang mahukan kaum wanita merawat ibu-ibu yang mengandung/bersalin.”- Tan Sri Dr Noor Hisham.

“Ilmu O&G ini wajib diajar kepada semua doktor siswazah termasuk doktor lelaki (HO dan MO junior lelaki). Ini kerana jika mereka dilarang belajar atau diberi pengalaman mengendalikan proses kelahiran, maka ia bakal menimbulkan malapetaka besar kepada masyarakat.”- Tan Sri Dr Noor Hisham.

Fenomena kehadiran doktor pakar sakit puan lelaki bukan hanya eksklusif di negara kita tetapi ia juga merupakan sesuatu yang berlaku diseluruh dunia hatta di negara Islam yg ortodoks seperti Arab Saudi. -Tan Sri Dr Noor Hisham. Perkongsian dari Tan Sri Dr Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia juga boleh di baca di sini.

Apa-apa pun, kerajaan Malaysia telah membuat yang terbaik buat semua pihak. Bagi individu yang merasakan diri berkemampuan untuk mendapatkan doktor perempuan semasa proses kelahiran anak nanti, tidak menjadi halangan untuk berbuat demikian. Begitu juga bagi mereka yang tidak dapat memilih, ingatlah pihak kerajaan dan kementerian Malaysia pastinya telah membuat keputusan yang terbaik buat semua pihak.

Kampung Suami Atau Isteri, Mana yang Patut Didahulukan?

Ini masalah yang kerap muncul bila tiba hari raya tak kira Raya Aidilfitri atau Raya Aidiladha. Selepas berkahwin anda dan pasangan sudah terikat dengan kedua – dua belah keluarga. Ini bermakna hati kedua – dua belah pihak harus dijaga supaya tiada yang terasa hati.

Dalam menentukan kampung siapa yang perlu balik dulu, anda perlu lihat dari segi keperluan atau situasi atau ikut kaedah giliran. Contoh keperluan ialah jika pasangan anda merupakan anak tunggal dalam keluarga. Tiada adik-beradik lain yang akan balik untuk membantu atau beraya bersama-sama. Perlulah balik ke kampung pasangan terlebih dahulu. Takkan sanggup biarkan orang tua beraya tanpa siapa di sisi.

Untuk situasi, jika adik-beradik pasangan anda pulang beraya ke rumah orang tua mereka, anda boleh pilih untuk pulang beraya di rumah orang tua anda dahulu. Ini disebabkan ada orang lain yang boleh membantu dan beraya bersama. Orang tua tidak akan rasa kesunyian.

Kaedah ikut giliran. Kaedah ini paling berkesan tanpa pergaduhan kemudian hari. Dari mula berkahwin sudah tetapkan giliran. Contoh tahun pertama akan beraya di rumah keluarga suami, jadi tahun kedua akan beraya di rumah keluarga isteri pula. Disebabkan setahun ada 2 perayaan, anda juga boleh bergilir – gilir ikut perayaan. Tahun pertama Raya Aidilfitri di rumah suami dan Raya Aidiladha pula di rumah isteri. Setahun sama – sama merasa untuk beraya hari pertama di rumah keluarga masing – masing.

Apapun dalam perkahwinan ini perlu bertolak ansur, bersikap adil dan komunikasi. Ya, masing – masing jika boleh nak beraya di rumah keluarga masing – masing dahulu tetapi jangan lupa anda telah berkahwin dan ada hati dan perasaan lain yang perlu dijaga. Ingat anda bukan hidup bersendirian. Keputusan yang perlu diambil adalah elakkan pergaduhan untuk buat keputusan.

Cara Untuk Mengetahui Jenis Kulit Wajah Hanya Dengan Menggunakan Tisu!

Tahukah anda, penting untuk kita mengetahui jenis kulit wajah sebelum kita nak membeli produk-produk “skincare”. Ini kerana, jika kita salah memilih produk atau memakai produk yang tidak sesuai dengan kulit wajah, besar kemungkinan kulit kita akan “breakout”.

Tambahan pula, produk kesihatan dan kecantikan mempunyai formulasi dan kandungan yang berbeza untuk pelbagai jenis kulit. Jadi, untuk tahu produk apa yang patut kita beli, perlu tahu jenis kulit kita terlebih dahulu.

Jenis-jenis kulit muka yang utama adalah:-

Kulit kering
Kulit kombinasi
Kulit normal
Kulit sensitif
Kulit berminyak

Kalau anda masih confused macam mana nak tahu jenis kulit anda, jom baca artikel ni sampai habis. Terima kasih buat Herry Rozular yang berkongsi cara macam mana nak tahu jenis kulit wajah hanya dengan menggunakan tisu.

Langkah-langkah:-

Bersihkan muka dari segala sisa makeup menggunakan micellar water/makeup remover
Cuci muka dengan pencuci muka
Biarkan wajah selama minimum 3 jam
Ambil tisu, koyakkan pada 4 bahagian
Letak pada dahi, dagu, pipi dan hidung

Senang sangat kan? Lepas dah buat tu, macam mana nak tahu kulit kita jenis yang mana?

Jom baca sampai habis.

KULIT NORMAL

Kalau kulit wajah anda normal:-

Tisu tadi akan melekat sekejap sahaja, lepastu jatuh dan tak melekat lagi.

Atau, satu lagi cara untuk tahu kulit anda normal atau tidak adalah dengan tengok dan observe kulit wajah kita. Kalau kulit kita nampak biasa sahaja, tiada mengelupas, tak terlalu bersinar atau terlalu berminyak dan pori pun tak terlalu kelihatan itu tandanya kulit wajah kita normal.

KULIT KERING

Kalau kulit wajah anda kering:-

Tisu-tisu tadi tidak akan melekat di wajah. Baru nak letak, dah terus jatuh. Kulit juga nampak kusam, mengelupas dan kasar.

KULIT BERMINYAK

Kalau kulit anda jenis berminyak:-

Keempat-empat tisu tadi tu akan melekat. Tidak akan jatuh. Selepas 3-4 jam cuci muka, kulit wajah akan nampak berkilat dek kerana berminyak. Liang pori jelas terbuka dan kalau kita sentuh pun terasa minyak-minyak di wajah.

KULIT KOMBINASI

Jika kulit anda jenis kombinasi:-

Tisu hanya akan melekat di beberapa bahagian sahaja. Contoh, tisu mungkin akan melekat di bahagian pipi dan dahi sahaja. Tapi, ada juga sesetengah orang tisu melekat di bahagian dagu dan hidung sahaja. Anda pun boleh tengok, sama ada di bahagian hidung terlalu berkilat berminyak dan ada kering. Itu tanda kulit wajah anda adalah kombinasi.

KULIT SENSITIF

Masalah kulit sensitif dipengaruhi oleh banyak faktor. Antaranya adalah, perubahan cuaca dan suhu, penggunaan kosmetik dan skincare yang tidak sesuai dan banyak lagi.

Antara tanda-tanda kulit anda sensitif adalah:-

Kulit kemerahan dan nipis
Gatal
Mudah breakout

Sekarang, dah tahu kan jenis-jenis kulit? Dah tahu jenis kulit anda apa? Kalau dah, alhamdulillah. Lepas ni kalau nak beli alat kosmetik atau penjagaan wajah, pastikan beli yang bersesuaian dengan kulit anda. Semoga bermanfaat.